ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian ‘SUV misteri’ dikesan, nampak macam Haval H6 generasi ketiga kan?

Foto Intip

Views

Tahun ini boleh dikatakan agak ‘rancak’ juga beberapa pengeluar kenderaan yang bakal memperkenalkan model-model baharu mereka ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Terbaharu, kelibat unit ujian sebuah model ‘SUV misteri’ yang sarat dengan pelitup celoreng penyamaran berjaya dikesan oleh pemilik akaun Facebook, Junhairi Alyasa di lebuh raya New Pantai Expressway (NPE) pada 21 Jun lalu.

Meskipun sarat dengan pelitup celoreng penyamaran, bahagian lampu belakangnya sedikit terdedah dan mengikut penelitian penulis, jejalur lampu LEDnya sama dengan lampu belakang model Haval H6 generasi ketiga.

Selain itu, penampakan bahagian diffuser pada bawah bampar belakang yang tidak ditutup turut mengesahkannya adalah Haval H6.

Menurut rakan media di Wapcar.my, nombor plat perdagangan ‘P1249A‘ pada unit ujian tersebut pernah digunakan pada model Ora Good Cat. Jadi, unit ujian Haval H6 ini juga didaftarkan oleh GWM Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Haval H6 ditawarkan dengan pilihan enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo berkuasa 169 PS dengan 280 Nm daya kilas atau 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo berkuasa 204 PS dengan 320 Nm daya kilas.

Untuk pasaran Thailand, ia turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid 1.5 liter turbo petrol yang digandingkan dengan motor elektrik, menghasilkan kuasa sebanyak 243 PS dengan 530 Nm daya kilas.

Buat masa ini tidak diketahui versi manakah yang akan dibawa masuk ke Malaysia. Haval H6 bakal berentap dengan ‘kembar’ rakan sekampungnya dari China, iaitu Proton X70.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Junhairi Alyasa

Haval H6

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply