ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video acah ketiga Alza 2022 (D27A) papar kawalan mod ECO pada stereng dan kemasan pintu dwitona

Berita Tempatan

Views

Perodua kini sedang giat melancarkan siri-siri video acah model MPV tujuh-tempat duduk iaitu Alza 2022 (D27A) secara berperingkat setelah membuka tempahannya sejak semalam.

Dalam video acah ketiga ini, Perodua memaparkan ciri pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Power) dengan hanya menekan butang pada stereng.

Kebetulan pula, stereng tersebut turut digunakan pada model Myvi facelift dan Ativa. Dalam video yang sama juga turut dipaparkan imbasan tepi pintu yang menampilkan kemasan dwitona, kombinasi hitam dan merah.

Apa yang pasti, hanya varian Alza 1.5L AV sahaja yang ditawarkan dengan tempat duduk separa kulit dwitona manakala varian Alza 1.5L X dan Alza 1.5L H hanya mendapat kemasan fabrik.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dengan julat harga tentatif bermula dari RM62,000 hingga RM75,000, Alza 2022 (D27A) merupakan taruhan terbaik Perodua untuk mencuri ‘kek’ pasaran dari Mitsubishi Xpander yang ketika ini mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia.

Alza 2022 (D27A) dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT dan dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik yang terbaik dalam kelasnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply