Secara tiba-tiba meriah dunia permotoran tempatan hari ini dengan penemuan unit ujian versi pengeluaran kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama Perodua yang berasaskan model konsep Electric Motion-Online II (EMO-II) pada tahun 2024.
Beberapa foto sempat dirakam oleh individu berbeza iaitu Meng Lee Chen dan Mike Kong yang memuat naik hantaran masing-masing menerusi paultan.org Automotive/Car Discussion Group, manakala satu lagi foto berjaya dirakam oleh rakan media di Malaysian Motoring.
Terbaharu, salah seorang pengikut akaun Facebook rasmi TheAjerul bernama Mann Haron turut memuat naik dua foto unit ujian berkenaan yang telah berjaya ditemui di Lebuh Raya DUKE, tengah hari semalam.
Meskipun sarat dengan pelitup penyamaran, kita dapat melihat siluet rekaan luarannya yang mirip model konsep Perodua eMO-II yang dipamerkan semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
Lebih menarik, unit ujian tersebut turut memakai plat perdagangan bernombor ‘B3598A‘ yang pernah digunakan pada model ujian Daihatsu Move pada tahun 2016.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Setakat ini kami masih belum menerima sebarang informasi terbaharu berkenaan BEV pertama Perodua, namun pengeluar kereta nasional kedua itu mengumumkan bakal melancarkan model tersebut pada suku keempat (Q4) 2025.
Bukan itu sahaja, Perodua telah pun mendaftarkan tanda dagang untuk tiga nama iaitu Qve, Pacer dan Ace sejak 26 Jun 2024 di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tanda dagang nama-nama tersebut pula diletakkan di bawah dua kategori yang berbeza, iaitu:
- Kelas 12 di bawah kategori kereta, automobil, motokar, transmisi, jenis penyambung pengecasan kenderaan elektrik, bateri kenderaan elektrik, motor elektrik untuk kenderaan elektrik dan lain-lain
- Kelas 37 di bawah kategori stesen servis kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, stesen mengecas kenderaan elektrik, pengecas rumah kenderaan elektrik, pengecas mudah alih kenderaan elektrik dan lain-lain.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Besar kemungkinan Perodua akan memilih salah satu daripada nama-nama tersebut untuk dipakai pada model BEV sulungnya nanti.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, projek BEV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua pada 2023.
Model ini dibangunkan menggunakan casis baharu dengan jarak perbatuan sekitar 400 hingga 410 kilometer (km), manakala pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6 hingga 7 saat.
Tambah Datuk Sri Zainal, model pengeluaran BEV ini dijangka berharga kira-kira RM80,000, namun dengan konsep berbeza iaitu bateri disewa berasingan.
Info terkini memaklumkan BEV ini akan dipasang di kilang baharu Perodua yang khusus untuk kenderaan elektrik dengan kapasiti pengeluaran bulanan sekitar 500 unit.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Meng Lee Chen, Malaysian Motoring, Mike Kong dan Mann Haron
Perodua eMO-II
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI