ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Volvo EX30 mula dikesan di China, mungkin dilancarkan tahun ini

Foto Intip

Views

Volvo sedang menguji SUV elektrik terbaharu mereka, EX30 dan kelibat unit ujiannya berjaya dikesan di China baru-baru ini. Crossover kecil yang dibangunkan dari pelantar seni bina SEA dari Geely itu mampu mencapai jarak tempuh sekitar 450 km, hampir setara dengan smart #1.

Disebabkan ia sarat dengan pelitup celoreng penyamaran, kebanyakkan reka bentuknya masih lagi disembunyikan. Namun kelihatan ia mempunyai bonet yang agak tinggi dan menggunakan lampu depan sementara. Besar kemungkinan ia akan menggunakan lampu depan ‘tukul Thor’ sama seperti EX90.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Di belakang, ia dipasang dengan spoiler dan pengelap cermin. Dari segi dimensinya pula, ia mungkin berada dalam kategori smart #1 dan juga Zeekr 003. Jadi, ukurannya mungkin sekitar 4.2 meter panjang, 1.8 meter lebar dan 1.6 meter tinggi.

Pengintip model ini juga agak bernasib baik kerana dapat mengintai ruang dalaman unit ujian Volvo EX30 ini. Meskipun dalam bentuk prototaip, kita masih dapat melihat paparan skrin jenis terapung menegak, kemasan tempat duduk daripada bahan lestari dikenali sebagai Nordico dan juga kelihatan bumbung suria.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Buat masa ini, spesifikasi Volvo EX30 masih belum diketahui. Besar kemungkinan ia menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan smart #1 yang mempunyai dua pilihan, motor elektrik tunggal pacuan roda belakang 272 kuasa kuda dan dwimotor elektrik pacuan empat roda 428 kuasa kuda.

Menurut maklumat dari media China, crossover kecil ini mempunyai jarak tempuh mencecah 440 km (WLTP). Meskipun pembangunannya masih belum selesai, ada kebarangkalian Volvo EX30 bakal memasuki pasaran negara ‘tembok besar’ itu dalam tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Weibo

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply