ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Wuling Hongguang Mini EV dikesan, nak masuk pasaran Malaysia ke?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah Wuling Hongguang Mini EV telah berjaya dikesan di Malaysia baru-baru ini. Foto intip tersebut berjaya dirakam oleh Zulfadzli Mustafar dan dimuat naik ke laman group Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC).

Versi yang dikesan di atas trak pengangkut itu adalah Macaron Edition. ‘EV cilik dua pintu’ itu merupakan kereta elektrik terlaris di China dan ia dijual pada harga mampu milik.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Model ini mula membuat penampilan di negara ‘Tembok Besar’ itu pada Julai 2020. Ia dibangunkan secara usahasama antara SAIC Motor, General Motors dan Liuzhou Wuling Motors.

Mini EV dikuasakan oleh motor elektrik yang menjana 27 kuasa kuda dengan 85 Nm daya kilas. Ia ditawarkan dengan dua pilihan bateri lithium-ion, 9.3-kWj dan 13.9 kWj.

Pada awal Mac lalu, Wuling telah memperkenalkan varian istimewa iaitu MINI EV GameBoy Edition. Ia bakal dikeluarkan dalam empat versi yang bertemakan permainan video.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Selain dicat dengan warna istimewa, ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan yang diolah semula dengan lampu siang LED (DRL), jeriji yang diubah suai termasuk rekaan bampar depan dan belakang baharu.

Dimensinya turut pertingkatkan dan ia kini 80 mm lebih panjang berbanding model standard 2,997 mm dan ia juga lebih rendah sebanyak 17 mm kepada 1,604 mm.

Adakah Mini EV akan tiba di Malaysia tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zulfadzli Mustafar

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply