ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Yamaha YZF-R15 V4 mula jalani ujian di Malaysia

Foto Intip

Views

Nampaknya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kian rancak untuk mempersiapkan beberapa model baharu untuk tahun 2022. Salah satu daripadanya adalah model sportbike Yamaha YZF-R15 V4.

Kelibat dua unit ujian R15 V4 mula dikesan di Malaysia dan pemilik akaun Facebook bernama Lenteng Yo sempat merakamnya, meskipun hanya dari arah belakang.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Model ini membuat kemunculan sulung di India tahun lalu, manakala Indonesia menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menerima kehadirannya.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan gaya yang diinspirasikan dari model Yamaha R7 dengan menggunakan lampu jenis LED tunggal berbentuk bulat di tengah sebagai lampu utama, diapit pula dengan sepasang lampu siang LED (DRL) di sisi kiri dan kanan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Model ini mempunyai dua pilihan varian, iaitu YZF-R15 V4 Connected yang merupakan versi Standard dan YZF-R15M V4 Connected – ABS yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

YZF-R15M V4 dikuasakan oleh enjin 155.09 cc silinder tunggal sejukan cecair dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan.

Trenkuasa ini mampu menjana 19 kuasa kuda pada 10,000 rpm dengan daya kilas maksima 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lenteng Yo

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply