ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu beg udara Takata – Honda Malaysia panggil balik 9,998 unit Accord 2.0L (2003 – 2007) buat kali kedua

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mengumumkan penarikan balik 9,998 unit Accord 2.0L yang dikeluarkan antara tahun 2003–2007 untuk penggantian kali kedua inflator beg udara pemandu Takata. Model yang sama juga turut terlibat dalam kempen penggantian inflator beg udara sebelum ini.

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pemilik sekali lagi. Ini kerana keselamatan pelanggan adalah merupakan keutamaan mereka dan percaya panggilan balik kali kedua ini adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga dan menggesa pelanggan yang terlibat untuk menggantikannya secepat yang mungkin.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Penggantian kali kedua ini tidak akan dikenakan sebarang caj dan segala kos akan ditanggung oleh syarikat.  Selain itu, Honda Malaysia turut menjelaskan yang model jualan semasa tidak terlibat dengan kempen ini dan mereka akan sentiasa menegakkan ketelusan dan kawalan ketat bagi memastikan keselamatan pelanggan.

Setakat ini, tiada kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan inflator beg udara pemandu Takata pada model Accord yang terlibat dilaporkan di Malaysia. Pelanggan yang terlibat akan menerima surat pemberitahuan dari Honda Malaysia dan mereka digesa supaya menghantar kenderaan ke mana-mana dari 95 pengedar Honda yang sah untuk pemeriksaan dan penggantian.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Stok untuk penggantian kali kedua ini akan disediakan secara berperingkat dan Honda Malaysia berusaha untuk memastikan 100 peratus stok tersedia dalam masa yang singkat. Sehingga 21 April 2019, Honda Malaysia telah menggantikan lebih dari 243,720 unit inflator beg udara pemandu Takata dengan nisbah siap 92 peratus.

Jumlah keseluruhan penggantian yang berjaya diselesaikan adalah melebihi 527,480 unit atau 89 peratus nisbah siap. Honda Malaysia sekali lagi merayu kepada pemilik yang terlibat untuk menggantikannya secepat yang mungkin kerana inflator yang rosak ini mungkin pecah dan menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pemandu dan penumpang.

Pemilik yang terlibat boleh melihat status panggilan balik kenderaan mereka sama ada dengan melayari www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply