Selepas tampil memukau di Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Isuzu D-Max X-Terrain kini ‘siap siaga’ untuk menyahut cabaran lebih getir dalam acara off-road antarabangsa Borneo Safari. Sebanyak tiga unit trak pikap berkenaan bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi media untuk acara tersebut.
Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA), Haji Faez Nordin yang menerima trak pikap berkenaan daripada Pengurus Pemasaran Isuzu Malaysia, Alan Lee, berterima kasih atas sokongan berterusan Isuzu terhadap acara tersebut.
Acara tersebut kembali buat kali pertama selepas pandemik melanda sejak lebih dua tahun lalu. Ia dijangka akan menempuh permukaan dan laluan antara yang paling sukar di bahagian kaki gunung Kinabalu, berdekatan Kota Belud.
Tahun ini, Borneo Safari akan kembali dengan lebih menarik selepas dua tahun, bagi meraikan ulang tahun ke-30 acara tersebut. Ia juga bakal menyaksikan penampilan sulung Isuzu D-Max generasi ketiga X-Terrain ditugaskan untuk menakluk hutan tebal Borneo kali ini.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Isuzu D-Max X-Terrain turut mengikut jejak model generasi pertama dan kedua yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai kenderaan rasmi media sepanjang Borneo Safari.
Ikuti laman Facebook rasmi Isuzu D-Max atau platform media sosial lain untuk mendapatkan kemaskini berkaitan Borneo Safari yang akan bermula pada 30 Oktober hingga 6 November 2022.
Selain itu, siri web “Tonton & Menang” akan turut diadakan, jadi jangan ketinggalan untuk terus memerhatikan platform yang dinyatakan dan berpeluang memenangi hadiah menarik.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI