ARKIB

KATEGORI

Tular

Tertekan injak pemecut, Naza Ria ‘meluncur masuk’ ke Bubble Bee

Tular

Views

Tertekan injak pemecut dipercayai menjadi punca kereta dipandu seorang lelaki merempuh kedai minuman air boba berasaskan madu lebah, Bubble Bee di sebuah pasar raya Meru Raya di Ipoh, pagi tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian pukul 10.53 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan kepada pemandu berusia 43 tahun.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelasnya, kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di mana lelaki itu dipercayai tertekan injak pemecut, menyebabkan kereta Naza Ria dipandunya meluncur melanggar sebuah motosikal dan premis berkenaan.

Pelanggaran tersebut mengakibatkan kerosakan pada cermin premis, mesin dan komputer serta kabinet manakala motosikal dan kereta pula mengalami kerosakan di beberapa bahagian.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). Dalam kejadian itu, penyelia kedai dan pemilik motosikal tidak cedera.

Siasatan lanjut sedang dijalankan. Sementara itu, pengasas Bubble Bee, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali Shuib menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya berkata, kejadian itu berlaku di cawangan Bubble Bee di Meru.

“Tak tahu bagaimana boleh terjadi, sedang siasat. Mungkin pemandu ingat outlet ini drive-thru (pandu lalu). Alhamdulillah, semuanya ok. Tiada kemalangan. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shuaib Sepahtu

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply