ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Insurance Pro tawar pelindungan yang menyeluruh untuk semua kenderaan Isuzu

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia memperkenalkan pelan insuran yang menyeluruh, Isuzu Insurance Pro yang ditawarkan untuk semua kenderaan Isuzu, sama ada untuk pembelian baharu atau pembaharuan polisi.

Isuzu Insurance Pro bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran dengan cadangan pelindungan yang menyeluruh, bahkan ia juga meliputi manfaat lain yang terbaik dalam kelasnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, Isuzu Insurance Pro menawarkan penyelesaian sehenti yang meliputi pelbagai kelebihan dengan polisi tersebut.

Ia bagi memastikan semua pelanggan menerima perlindungan secara ekslusif yang menyeluruh, dan juga pengalaman pemilikan kenderaan yang menenangkan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Diselenggarakan oleh barisan panel dari lima syarikat insurans dan takaful utama, Isuzu Insurance Pro melindungi semua model D-Max serta semua barisan trak tugasan ringan, sederhana dan berat seperti ELF, FORWARD dan GIGA, termasuklah juga penggerak utama (prime mover).

Antara manfaat tambahan yang menarik termasuklah:

  • Kelulusan pantas untuk sebarang tuntutan bawah RM20,000
  • Servis tunda percuma tanpa had bagi perjalanan pergi-balik sejauh 300 km untuk D-Max
  • Servis tunda percuma sebanyak tiga kali bagi perjalanan pergi-balik 100 km untuk model trak ELF
  • Perlindungan percuma untuk semua pemandu
  • Elaun banjir
  • Elaun kunci akibat kemalangan atau kecurian
  • Perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000 untuk kedua-dua pemegang polisi dan pemandu yang sah

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Kelebihan lain pula termasuklah bantuan pinggir jalan 24/7, pengecualian bagi penambahbaikan (betterment) dan lebihan (excess) selama 10 tahun, serta nilai dipersetujui sehingga 10-tahun untuk D-Max serta untuk tahun pertama bagi trak Isuzu yang lain.

Semua tuntutan insurans yang dibuat di bawah program Isuzu Insurance Pro juga akan menggunakan alat ganti tulen Isuzu selagi kenderaan terbabit dihantar ke bengkel sah Isuzu untuk tujuan tuntutan.

Pembelian ke atas Isuzu Insurance Pro hanya boleh dibuat melalui pengedar sah Isuzu bermula 5 Ogos 2024. Pelanggan terawal akan menerima hadiah istimewa berupa cenderahati eksklusif Isuzu Insurance Pro.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Isuzu Insurance Pro, hubungi pengedar sah Isuzu berdekatan anda atau layari https://aftersales.isuzu.net.my/isuzu-insurance-pro/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply