Kelibat MPV elektrik Zeekr 009 tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dikesan oleh salah seorang ahli group Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) bernama Yuri Iskandar baru-baru ini.
Tidak dipastikan di mana lokasi penemuan tersebut, namun Zeekr 009 merupakan model kedua dari Zeekr yang telah dikesan di negara ini selepas Zeekr X.
Unit yang menggunakan plat perdagangan bernombor ‘B 5395 A‘ itu berkemungkinan besar versi pemanduan kanan (RHD) yang telah diperkenalkan di Hong Kong bulan lalu.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Zeekr 009 ditawarkan dengan pilihan konfigurasi sama ada enam atau tujuh tempat duduk. Di Hong Kong, ia dilengkapi dengan dwimotor elektrik dengan bateri 116 kWj dengan jarak pandu 582 km.
Motor elektrik ini mampu menghasilkan 778 kuasa kuda dan 810 Nm daya kilas. Zeekr 009 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dengan halaju maksimum 230 km/j.
Model yang dibina dari pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) ini mempunyai ukuran dimensi 5,209 mm panjang, 2,024 mm lebar dan 1,856 mm tinggi, manakala jarak rodanya pula 3,205 mm.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Zeekr pada 8 Jun lalu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat Sentinel Automotive Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan PT Premium Auto Prima di Jakarta.
Versi pemanduan kanan (RHD) SUV, Zeekr X dan MPV, Zeekr 009 akan menjadi model mercu pertama yang bakal memasuki pasaran Malaysia dan Indonesia tidak lama lagi.
Setakat tahun ini, Zeekr telah pun memasuki Filipina, Laos dan Myanmar, dan secara beransur-ansur memulakan penghantaran ke pasaran RHD seperti Singapura, Hong Kong dan Macau.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Yuri Iskandar
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI