ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia rasmikan Pusat 3S Autoexec Corporation, dah macam ‘showroom’ kereta beb!

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia semalam telah merasmikan pembukaan Pusat 3S Autoexec Corporation di Jalan Jinjang Permai, Kuala Lumpur yang tampil dengan identiti korporat baharu.

Konsep rekaan cawangan baharu ini menawarkan sebuah suasana yang lebih unik untuk apa saja keperluan berkaitan Isuzu kepada pelanggan.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, cawangan ini menampilkan imej jenama yang kuat untuk mencerminkan perubahan wajah depan perniagaan Isuzu di sini.

Berkeluasan 1,400 meter persegi, pusat 3S ini menawarkan barisan lengkap produk serta servis Isuzu, dari trak pikap Isuzu D-Max hinggalah kepada lori tugasan ringan, medium, berat dan juga penggerak utama.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Bilik pamerannya menampilkan ruang berpendingin hawa yang mempamerkan trak pikap, serta lori juga ditunjukkan di bawah kawasan berbumbung untuk keselesaan semua.

Cawangan ini juga menempatkan ruang servis luas yang boleh menampung sehingga empat kenderaan tugasan ringan serta dua trak tugasan medium dalam satu masa.

Pelanggan yang membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan lepas jualan juga boleh menikmati hidangan ringan yang disediakan di ruang menunggu yang sangat selesa.

Cawangan Isuzu selepas ini akan dibezakan dengan penggunaan logo Isuzu baharu yang ditampilkan di depan bangunan serta di menara logo khas di gerbang masuk ke premis.

Pusat 3S, yang khususnya menawarkan penjagaan lepas jualan untuk trak juga menampilkan ruang yang cukup luas untuk memudahkan parkir serta pengendalian keluar-masuk.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Di bahagian dalam, cawangan baharu ini juga hadir dengan penampilan lebih berkarismatik dengan ciri khusus sebagai panduan mudah untuk pengunjung mengetahui keseluruhan tataletak di premis berkenaan.

Antara ciri tersebut termasuklah:

  • Ruang menyambut tetamu
  • Pencahayaan suasana yang nyaman
  • Sudut cenderahati untuk peminat Isuzu
  • Panel maklumat digital mesra persekitaran
  • Ruang penyerahan khusus untuk trak pikap
  • Ruang pameran luas dan moden termasuk ruang pameran utama

Cawangan ini akan menjadi yang pertama menampilkan wajah baharu dan akan disusuli oleh cawangan lain di seluruh negara, secara berperingkat.

Ia akan mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan dengan keseluruhan rangkaian dijangka akan mempamerkan identiti baharu ini menjelang Disember 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply