ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger 2.0 liter XL 4×4 Single Cab diperkenalkan – Transmisi manual enam-kelajuan, harga dari RM98,888

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) memperkenalkan satu varian baharu untuk Ranger, iaitu 2.0 liter XL 4×4 Single Cab.

Varian ini dijual pada harga RM98,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia), dan RM104,388 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, untuk Sabah dan Sarawak).

Empat pilihan warna yang ditawarkan termasuklah Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White dan Meteor Grey.

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, dengan pertambahan XL Single Cab ini , pelanggan mempunyai pilihan untuk trak pikap peringkat kemasukan yang boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan baik.

Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan 170 PS pada 3,500 rpm dan daya kilas puncak 405 Nm pada 1,750-2,500 rpm.

Enjin ini digandingkan bersama transmisi manual enam-kelajuan baharu yang memakan masa selama empat tahun untuk dibangunkan, menampilkan set gear baharu dengan peralihan yang lebih lancar.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Walaupun merupakan varian paling asas Ranger ini didatangkan secara standard dengan teknologi bersepadu maju yang setara dengan barisan variannya yang lebih mahal.

Sama seperti varian yang lain, varian XL Single Cab mempunyai kelebihan jarak jejak dan jarak antara rodanya yang 50 mm lebih panjang.

Ranger XL Single Cab generasi baharu menawarkan ruang kargo tunggal yang paling besar bagi sesebuah trak pikap dalam pasaran ketika ini.

Dengan ukuran 2,332 mm panjang, 1,420 mm lebar dan 540 mm tinggi, ruang kargo di belakang membolehkan pelanggan untuk membawa lebih banyak barangan atau memuatkan barangan yang lebih besar dan panjang.

Jarak kelegaan tanah juga lebih tinggi dengan 230 mm. Selain itu, terdapat juga enam cangkuk kargo yang diletakkan pada tiub landasan logam bagi memudahkan pengguna mengikat barangan dengan selamat.

Pintu ruangan kargo berkenaan boleh juga bertindak sebagai pelantar kerja dengan pembaris dan poket cengkam untuk mengukur, memegang dan memotong bahan binaan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ciri utama keterhubungan ini adalah skrin sentuh 10.1-inci yang pertama dalam kelasnya serta sistem hiburan dan komunikasi Ford SYNC® 4A dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ nirwayar.

Panel instrumen lapan-inci digital pula telah menggantikan sistem analog, membolehkan lebih banyak maklumat dipaparkan untuk pemandu. Kelengkapan lain yang ada ialah dua slot USB, satu soket kuasa 12-volt,

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan dua beg udara, sistem brek cegah kunci (ABS) dengan agihan daya brek elektronik dengan kawalan cengkaman, kawalan gelongsor, bantuan mula mendaki, penghindaran daripada terbalik dan kawalan olengan bahagian belakang.

Di luar, Ranger XL Single Cab ini dilengkapi dengan rim 16-inci aloi, jeriji depan standard, bampar depan warna badan dengan bampar belakang hitam, lampu utama halogen, lampu kabus belakang, cangkuk penyelamat di depan, lampu nyalaan siang dan lampu henti LED di belakang.

Ranger XL Single Cab dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau 160,000 km, yang mana terdahulu. Pelanggan boleh juga memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan sehingga tujuh-tahun untuk ketenangan fikiran.

Pelanggan yang membeli Ranger XL Single Cab juga secara automatik akan menjadi sebahagian daripada Ford Inner Circle di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply