ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isytihar topi keledar di lapangan terbang sebelum masuk ke Malaysia

Berita Tempatan

Views

Satu foto gegantung (bunting) telah dimuat naik ke akaun Facebook Ministry of Superbike Singapore menunjukkan peringatan dari pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang melarang individu dari membawa masuk topi keledar yang tidak menepati piawaian ke negara ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Menerusi maklumat yang dipaparkan pada gegantung tersebut, individu yang mengimport atau membawa masuk sebarang jenis topi keledar tanpa permit dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh menyebabkan barangan tersebut ditahan oleh pihak kastam.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Selain itu, topi keledar yang tidak menepati piawaian United Nation (UN) R22 Protective Helmets and Their Visor for Driver and Passenger of Motorcycles and Moped (ECE 22) dan Malaysian Standard (MS) 1 Specification for Protective Helmets for Vehicle Users juga boleh dirampas oleh pihak kastam.

Menurut info dari rakan media kami di MotoMalaya.net, pihak kastam menggesa orang ramai untuk mengisytiharkan topi keledar atau sebarang kelengkapan tunggangan lain semasa di lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply