ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempoh moratorium perkhidmatan e-panggilan tidak dilanjutkan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foke berkata Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh moratorium (penangguhan sah kepada perkhidmatan e-panggilan) yang tamat 12 Julai ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima 23 permohonan lesen oleh syarikat e-panggilan yang diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan jumlah keseluruhan kuota kenderaan daripada syarikat terbabit sebanyak 165,370 kenderaan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Selain itu, katanya, seramai 23,968 pemandu kenderaan e-panggilan mendaftar untuk menduduki ujian Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) sehingga 17 Jun lalu, dan daripada jumlah itu 10,151 telah lulus ujian terbabit. Pada Julai tahun lalu, kementerian memberikan moratorium selama setahun kepada syarikat e-panggilan sebagai persiapan sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya 12 Julai ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Tempoh tersebut adalah untuk memberi masa dan ruang kepada mereka yang terbabit memohon perniagaan pengantara, lesen memandu vokasional, pendaftaran kenderaan dan membeli insurans tambahan. Loke berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan dari Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Hai di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen itu meminta kementerian menyatakan berapa jumlah lesen kenderaan pengangkutan awam dikeluarkan kepada pemandu setakat ini. Tambah Loke lagi, mereka yang terbabit perlu memastikan semua keperluan diselesaikan sepanjang tempoh moratorium.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply