ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jaecoo J7 dan Jaecoo J8 buat penampilan dalam sesi pratonton eksklusif media

Berita Tempatan

Views

Jaecoo Malaysia siang tadi telah mengadakan pratonton eksklusif bagi dua model SUVnya, iaitu Jaecoo J7 dan Jaecoo J8. Dalam masa yang sama syarikat tersebut turut mengumumkan strategi rangkaian pengedar baru yang telah mendapat sambutan positif.

Jaecoo J7 bakal menjadi model sulungnya di pasaran Malaysia dan ia diposisikan sebagai SUV off-road bandar. Dengan slogan “Dari Klasik,” rekaan hadapan J7 menampilkan rekaan jeriji besar dipadankan bersama lampu LED.

Didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu model pacuan roda-depan (FWD) dan pacuan semua-roda (AWD), SUV ini menampilkan penggayaan bentuk badan minimalis dan nisbah garis pinggang yang tinggi.

Reka bentuk lampu hadapan berlapis dan bumbung terapung pula adalah hasil daripada kebijaksanaan progresif dan unik para perekanya.

Konfigurasi dalaman Jaecoo J7 pula dilengkapi dengan cip berprestasi tinggi 8155, skrin panoramik 14.8 inci, pengecasan nirwayar 50W, sistem audio premium Sony serta pelbagai ciri keselesaan pintar yang lain.

Model ini dijana oleh enjin petrol 1.6-liter turbo yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan 290 Nm daya yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan adanya teknologi seperti cermin angin akustik berlamina dan pad peredam karpet bersepadu, kadar Bunyi, Getaran, dan Kekerasan (NVH) dengan bunyi kabinnya serendah 37.6 dB, jauh mengatasi pesaingnya,

Selain itu, dengan ketinggian lantai 200 mm dan kedalaman menerobos air 600 mm, membolehkannya memiliki kemampuan off-road yang luar biasa, tanpa perlu bimbang menghadapi kondisi jalan yang rumit.

Dari segi kecerdasan, Jaecoo J7 menampilkan sistem perkakasan pintar “1+2+1” yang merangkumi satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM), dan satu radar gelombang milimeter jarak jauh (FRM).

Integrasi perkakasan dan perisian memandu pintar yang canggih meningkatkan hampir 21 fungsi pemanduan pintar, memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyenangkan bagi pengguna.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Amaran Perlanggaran Hadapan, Amaran Keluar Lorong, Jaga Lorong Kecemasan, Bantuan Kelajuan Lengkung, Amaran Lintasan Belakang, Pengesanan Titik Buta, Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kesesakan Lalu Lintas, dan Bantuan Parkir.

Selain Jaecoo J7, satu lagi model iaitu SUV off-road mewah, Jaecoo J8 turut dipertontokan. Model ini telah membuat debut globalnya di “Pameran Motor Antarabangsa Geneva” di Doha, Qatar pada bulan Oktober yang lalu.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ia menonjolkan pengendalian off-road dan pengalaman mewah serta menampilkan sistem suspensi magnetik CDC terkini dengan respons penyesuaian tingkat milisaat.

Sistem ini dapat menyesuaikan redaman elektronik secara adaptif, menyesuaikan postur kenderaan secara ‘masa nyata’ mengikut keadaan jalan sekeliling, sehingga keseluruhan kenderaan sentiasa dalam keadaan pemanduan terbaik.

Dari segi rangkaian kuasa, ia menerima 2.0-liter turbo petrol yang menghasilkan 245 kuasa kuda dan 385 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan terus kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT), dengan pilihan pacuan dua-roda (2WD) atau pacuan semua-roda (AWD).

Mematuhi piawaian keselamatan global 5-Bintang tertinggi, struktur badan Jaecoo J8 juga menggabungkan reka bentuk penyerap tenaga sangkar yang inovatif.

Dengan kadar penggunaan keluli kekuatan tinggi sebanyak 85 peratus dan dilengkapi dengan sistem 10-beg udara mengelilingi 360°, ia boleh lah diibaratkan sebagai “benteng bergerak keselamatan.”

Unik dalam kelasnya, Jaecoo J8 menampilkan “beg udara keselamatan jarak jauh” di antara tempat duduk pemandu dan penumpang.

Seperti yang dirancang, J7 dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada pertengahan tahun 2024. Nantikan perincian lanjut mengenai model Jaecoo J7 secara berperingkat dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply