Jaguar Land Rover Malaysia (JLR Malaysia) meneruskan rentak kecemerlangannya selepas sekali lagi berjaya merangkul gelaran berprestij Retailer of the Year (Asia Pasifik) pada Anugerah Jaguar Land Rover Retailer 2023/2024 baru-baru ini.
Ini merupakan kemenangan kelima JLR Malaysia dan tahun keempat berturut-turut di tempat teratas, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor automotif mewah.
Anugerah Retailer of the Year mengiktiraf kecemerlangan konsisten JLR Malaysia menerusi penilaian menyeluruh yang merangkumi pemasaran, jualan, perkhidmatan pelanggan, latihan kakitangan dan prestasi peruncit.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Tonggak kepada kejayaan JLR Malaysia ialah nilai teras Sime Motors iaitu “Care for All, Act with Integrity and Win Together” yang telah menjadi penggerak di sebalik kejayaan syarikat, memupuk budaya kolaboratif dan mengutamakan pelanggan merangkumi setiap aspek operasinya.
Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, pencapaian luar biasa ini adalah bukti komitmen teguh syarikat terhadap kecemerlangan.
Penghargaan ini memperkukuh keupayaan mereka untuk secara konsisten menetapkan penanda aras baharu ke arah kecemerlangan operasi dan kepuasan pelanggan dalam pasaran yang sangat kompetitif.
Pengarah Urusan Vantage Malaysia dan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, pihaknya berbangga kerana diiktiraf sebagai pemacu utama dalam pasaran automotif mewah, dalam terus memacu tahap inovasi dan perkhidmatan pelanggan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Bagi meraikan kejayaan ini, JLR Malaysia telah melancarkan kempen eksklusif untuk pelanggan setianya. Mulai 25 Oktober 2024 hingga 31 Januari 2025, pelanggan berpeluang memenangi aksesori dan baucar barangan bernilai sehingga RM8,000.
Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan yang dihargai untuk merasai pengalaman gaya hidup Jaguar Land Rover.
Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran di Ara Damansara yang merupakan bilik pameran Jaguar Land Rover terbesar di Asia Tenggara.
Melangkah ke hadapan, JLR Malaysia kekal fokus menongkah arus di luar jangkaan pelanggan, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam landskap automotif mewah.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI