ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keluarga penunggang motosikal maut dilanggar lori mengundur bakal ambil tindakan undang-undang

Berita Tempatan

Views

Keluarga penunggang motosikal yang maut dilanggar sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba di Jalan Pantai Dalam, Kerinchi merancang akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan kejadian itu.

Abang kepada mangsa, Muhammad Hanif Sehat berkata, mereka sekeluarga berharap agar pemandu lori berkenaan dikenakan hukuman setimpal atas apa yang berlaku.

“Saya tak pasti ketika kejadian arwah ingin ke mana, saya hanya tahu berkaitan kejadian kira-kira jam 10 pagi.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Kami sekeluarga merancang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban dalam kemalangan itu,” katanya pada Ahad.

Dalam kejadian itu, Mohd Hanis yang menunggang motosikal maut selepas sebuah lori yang berada dalam kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru, di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan pemandu lori terlibat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada jam 8.34 pagi.

Menurutnya, pemandu lori berusia 32 tahun berada dalam kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek kenderaan itu.

Jelas beliau, ketika proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur sendiri, lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama serta melanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun itu.

Mohd Zamzuri berkata, mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan lori itu turut melanggar sebuah kereta di laluan bersebelahan sehingga menyebabkan pemandunya luka di dahi. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply