ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Pintas Rawang dibuka secara rasmi

Views

Penantian kini telah berakhir, Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) akhirnya dibuka secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor Yang Berhormat, P.Kamalanathan, Ketua Setiausaha, Datuk Sri Haji Zohari Haji Akob dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Sri Roslan Md Taha. Laluan sepanjang 23 km dari Serendah ke Rawang dibina bertujuan mengatasi kesesakan lalu lintas di Bandar Rawang dan mampu memendekkan masa perjalanan pada waktu puncak di Kuala Lumpur yang sebelum ini dua jam kepada setengah jam sahaja.

BACA >> Jalan Pintas Rawang – Tinggi melintasi pepohon Merawan Kanching

Projek ini sangat unik kerana ia melibatkan pembinaan jajaran Elevated Section yang tertinggi di Malaysia pada ketinggian 58.2 meter demi untuk melindungi satu spesis pokok iaitu Merawan Kanching. Ia dibina atas nasihat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan pihak pemegang konsesi lebuhraya telah mengubah laluan bagi menyelamatkan pokok-pokok Merawan Kanching (nama saintifiknya, ‘Hopea subalata’) yang berstatus ‘Critically Endangered’ (CR). Pokok-pokok tersebut merupakan satu-satunya populasi spesies ‘Hopea subalata’ yang terdapat di Malaysia dan dunia.

JALAN PINTAS RAWANG (RAWANG BYPASS)

Boleh dah nak lalu sini, boleh la tengok gayat ke tidak. Foto kredit laman Facebook Lebuhraya dan Jalan Persekutuan Malaysia dan Ikhwan Zainuddin.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply