ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Tuanku Abdul Rahman ditutup bermula 15 Mac ini

Info

Views

Harian Metro melaporkan laluan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari pusat beli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini. Penutupan jalan satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan terbabit.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata, kajian dalam talian telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mendapati sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan tersebut.

Laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar bakal dijadikan sebagai laluan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Bicara Makan Tengah Hari sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. Tambah beliau lagi, jika keadaan berjalan lancar, pihaknya sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Laluan yang boleh menempatkan sehingga 200 lot tapak perniagaan itu juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada musim perayaan lain. Ketika ini susun atur peniaga sedang diperincikan, namun apa yang pasti keputusan ini bakal memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan lebih luas dan selesa.

Penempatan hanya membabitkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga pada Ramadan manakala peniaga sedia ada kekal di tapak asal. Khalid berkata, keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, beberapa individu dari Bahagian Perolehan DBKL sudah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran senarai syarikat yang berjaya memperoleh kontrak pembersihan sungai seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan secara dalaman juga diambil dan Datuk Bandar Kuala Lumpur mengarahkan 20 orang kakitangan di bahagian itu dipindahkan ke bahagian lain secara berperingkat dalam tempoh sebulan. Khalid melahirkan kehairanan bagaimana maklumat daripada mesyuarat Lembaga Perolehan pada 25 Januari lalu itu boleh tular sehari kemudian sedangkan makluman kepada syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender secara individu hanya dibuat DBKL melalui panggilan telefon.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply