ARKIB

KATEGORI

Buletin

Parkir di petak OKU : Mujahid mengaku kereta miliknya dan mohon maaf

Tular

Views

Zaman tular sekarang ni jangan la buat pasal, nak pula pada individu yang dikenali ramai terutama sekali Menteri. Selepas tularnya sekeping foto sebuah kereta yang dikatakan milik Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang diparkir di petak khas OKU akhirnya tuan empunya diri tampil memberi penjelasan. Foto tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dimaklumkan kereta tersebut milik seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Dalam satu kenyataan ringkas menerusi Facebook rasminya, Mujahid mengesahkan kereta tersebut adalah kenderaannya. Beliau menjelaskan, kenderaan tersebut digunakan oleh anak-anaknya dan di parkir di petak khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada ayah mertuanya yang uzur. Tambah beliau lagi, ayah mertua yang uzur dan berkerusi roda itu dijaga olehnya.

Ketika kejadian ini anak-anaknya membawa datuk mereka untuk makan di sebuah restoran. Mereka menggunakan kemudahan parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur. Mujahid turut memohon maaf bagi pihak anaknya dan amat menghargai teguran yang diberikan.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply