ARKIB

KATEGORI

Tular

Jambatan tenggelam, Proton Wira selamba redah banjir

Tular

Views
@peyy_dbs2 Hero sudah keluarr😂😂#fyp #banjir2024 #sukanlasak ♬ original sound – Ku Pendikir

Sebuah kereta jenis Proton Wira mencuri tumpuan apabila pemandunya mengambil risiko untuk meredah banjir di Jambatan Kampung Belanga dekat Kualai Krai, Kelantan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok P3YY, memaparkan keadaan jambatan itu yang sudah ditenggalami air akibat limpahan Sungai Pahi.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dalam video berdurasi 12 saat itu, kenderaan terbabit bagaimanapun dilihat berjaya meredah banjir yang deras tanpa sebarang kesukaran.

Difahamkan, Jambatan Kampung Belanga itu meruapakan laluan utama dan sering digunakan penduduk kampung untuk ke Bandar Kuala Krai.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial meluah rasa kagum dengan keupayaan kenderaan terbabit. “Wira dah ambil alih pangkat Perodua Myvi jadi king baharu,” kata Ru.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Sebab ini kita pakai Wira juga. Makin naik harga lah Wira lepasni,” ujar Ziggo. “Memang betul-betul ‘’wira’. Kereta lain pun tak berani,” jelas Kelly.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Jie menyarankan pihak berkaitan untuk menaik taraf jambatan tersebut bagi mengelakkan ia dinaiki air setiap kali musim tengkujuh.

“Setiap tahun naik air dekat Kampung Belanga ini. Bagi saya lah, kenapa tak bina jambatan tinggi sikit?” Soalnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply