ARKIB

KATEGORI

Tular

Treler ‘tercabut dari kepala lori’ bikin cemas di Jalan Duta

Tular

Views

Pengguna jalan raya dikejutkan dengan insiden mencemaskan apabila badan sebuah treler terpisah daripada kepala lori semasa melalui Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

Menerusi sebuah rakaman kamera pemuka (dashcam) di Facebook, treler itu dilihat berada di lorong paling kiri ketika kejadian berlaku.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Selepas melintasi sebuah lori putih, bahagian badan treler secara tiba-tiba dilihat bergerak ke arah kanan dengan sendirinya dan hampir menghimpit lori putih tersebut.

Walaupun nyaris dilanggar, lori putih itu meneruskan perjalanan seperti biasa, manakala kepala lori treler pula berhenti di tengah jalan raya.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Insiden ini mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, rata-rata mempersoalkan tahap penyelenggaraan kenderaan berat yang digunakan di lebuh raya bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

“Jarang cabut kepala kot. Sekali dah rosak ‘turn table’ tu, memang lah akan tercabut tengah jalan,” ujar Mohd. Azaim.

“Pemandu tak kunci ‘turn table’ betul-betul ke?,” tanya Mizan. “Makin banyak kejadian ekor treler tercabut. Macam mana lah tu. ‘Swiss lock’ tak check ke?,” tulis Zai. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply