ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Jelajah Busking GEGAR’ singgah di Pantai Timur mulai 15 September!

Berita Tempatan

Views

Semua peminat GEGAR dijemput hadir memeriahkan Jelajah Busking GEGAR yang dijadualkan berlangsung di tiga negeri Pantai Timur, iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Jelajah ini akan bermula 15 September, setiap Jumaat jam 9 malam. Di acara ini mereka akan dihiburkan dengan persembahan ‘busking dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik.

Berikut adalah jadual Jelajah Busking GEGAR:

Tarikh & MasaLokasi Jelajah Busking GEGAR
15 Sept, 9 malamTerengganu

  • Tapak Foodtruck Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu 
22 Sept, 9 malamKelantan

  • Uptown Dataran MARA, Kota Bharu
29 Sept, 9 malamPahang

  • Dataran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan ‘busking‘ daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi.

Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR antaranya Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam).

Selain persembahan ‘busking‘, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR‘ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi ‘busking‘.

Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.

Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply