ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

SIC tawar ‘tiket Rahmah’ saksikan GP Malaysia 2023, harga RM49.90 jer!

Sukan Permotoran

Views

Peminat sukan permotoran tanah air boleh menikmati harga istimewa menerusi ‘tiket Rahmah‘ serendah RM49.90 yang diperkenalkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023, November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket, mulai semalam.

Selain harga tiket istimewa, parkir percuma dan menu Rahmah untuk FB (makanan dan minuman) turut akan diperkenalkan. Ini pertama kali pihaknya memperkenalkan inisiatif seumpama ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan 170,000 penonton berbanding 164,000 penonton yang hadir pada tahun lepas dan mereka sekarang berada di landasan yang betul untuk ‘sold out‘, kerana sudah hampir 70 peratus tiket dijual bermula tahun lepas.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. MotoGP GP Malaysia 2023 akan berlangsung pada 10 hingga 12 November ini.

Dalam pada itu, Azhan berkata setakat ini, tiada pelumba tempatan akan beraksi atas tiket ‘wild card‘ pada perlumbaan GP Malaysia 2023.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Beliau, bagaimanapun, berkata keputusan itu boleh berubah sekiranya ada pihak mahu menawarkan diri untuk memberi penajaan dan keputusan itu hanya akan diketahui 45 hari sebelum perlumbaan itu berlangsung.

Ujarnya, untuk tahun ini, pihaknya tiada perancangan lagi untuk meletakkan pelumba negara atas tiket ‘wild card‘. Tahun lalu, dua pelumba Petronas bersaing atas tiket ‘wild card‘. dalam kategori Moto2.

Tambah beliau lagi, jika ada penaja ‘wild card‘ seperti Petronas, beliau tidak menolak kemungkinan. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sepang Circuit

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply