ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jentera rali, edisi terhad dan kereta konsep kreatif Proton akan dilelong hari ini!

Berita Tempatan

Views

Jika anda seorang yang suka mengumpul kereta lama yang unik dan pelik, info ini mungkin berguna buat anda. Menerusi satu hantaran ringkas di Facebook, laman lelong atas talian, Pickles Asia Auctions mengumumkan mereka bakal membuat sesi lelongan awam untuk beberapa buah kereta konsep, edisi terhad dan rali Proton.

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Antara kereta yang menarik perhatian kami adalah dua buah jentera rali, salah satu daripadanya merupakan kereta simpanan Proton Wira PERT dan Waja yang digunakan oleh pasukan Rali Felda. Selain itu ada juga sebuah Waja Chancellor dan Exora Edisi Ulang Tahun ke-25 Proton, selain beberapa kereta kreatif yang pernah dicipta oleh oleh kakitangan syarikat tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Kereta-kereta ini akan dilelong pada hari ini (Khamis) 16 Julai 2020 boleh dibida menerusi aplikasi Pickles Asia Auctions yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kereta yang akan dilupus dan masih boleh dibaik pulih lagi ini anda boleh melayari laman sesawang www.pickles.my atau menghubungi talian +6016-6999 170.

Apa yang menarik, beberapa buah jentera rali Petronas dan Lotus akan turut dilelong tidak lama lagi. Ini termasuklah model Satria Cabriolet tahun 2000 berwarna ungu yang akan dilelong pada minggu depan. Sempat lagi untuk anda memuat turun dan memasang aplikasi Pickles Asia Auctions di peranti mudah alih masing-masing kalau berhajat untuk membida kereta-kereta ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pickles Asia Auctions

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply