ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Foto Intip

Views

Dalam diam-diam, jenama terkemuka dari British, Morris Garages (MG) bakal membuat ‘kemunculan semula’ di Malaysia dan model pertama yang bakal dilancarkan nanti adalah sebuah SUV bersaiz sederhana, iaitu MG HS. Beberapa foto model itu yang dikatakan sedang dinilai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan kelulusan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA), telah dikongsikan oleh rakan pembaca Hafiz Azmi.

Menurut Hafiz, kenderaan jenama MG di Malaysia akan diedar serta dipasang secara tempatan (CKD) oleh syarikat MG Berjaya Sdn Bhd dan ia dijangka diperkenalkan seawal tahun ini. Pada bulan Januari tahun lalu, Berjaya Corporation Bhd (BCorp) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) tidak terikat bersama SAIC Motor Passenger Vehicle Company (SMPV) bagi cadangan kerjasama mengeluar, memasang dan menjual kereta jenama MG.

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Dalam kenyataan syarikat tersebut di Bursa Malaysia, BCorp berkata MoU itu turut melibatkan khidmat selepas jualan serta perkhidmatan sokongan berkaitan yang lain bagi jenama tersebut di Malaysia. SMPV adalah syarikat cawangan SAIC Motor Corporation Limited, yang disenaraikan di Shanghai Stock Exchange dan terbabit dalam mengeluar serta menjual jenama kenderaan sendiri termasuk ROEWE dan MG, selain terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

MG HS merupakan versi pengeluaran dari model konsep MG X Motion yang diperkenalkan semasa Beijing Auto Show pada 2018. SUV saiz sederhana ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan 162PS. Enjin ini dipadankan dengan pilihan kotak gear enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan DwiCekam (DCT).

JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!

Model yang bakal berentap dengan Mazda CX-5, Hyundai Tucson dan Honda CR-V ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terkini seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Penghad Kelajuan Pintar, Bantuan kesesakan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pengesan Titik Buta dan lain-lain.

Bilakah MG HS akan mula dipasang dan dijual di Malaysia masih lagi belum dapat dipastikan buat masa ini. Kami akan cuba mendapatkan maklumat mengenainya dari semasa ke semasa, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif