ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Berita Global

Views

Nampak gayanya peminat Perodua Myvi di negara ini terpaksa ‘menelan air liur’ buat seketika kerana negara jiran kita Brunei terlebih dahulu ‘melangkah bendul’ kerana mendapat Myvi S-Edition lebih awal. Myvi S-Edition merupakan varian 1.3G dengan ‘kit badan’ model konsep Myvi GT yang telah dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Namun pembeli di Brunei hanya akan menerima unit Myvi yang dikuasakan oleh enjin 1.3 liter sahaja. Myvi S-Edition dilengkapi dengan kit badan penuh yang diinspirasikan oleh Myvi GT dengan rekaan bampar dan jeriji depan yang garang, skirt sisi dan juga bampar belakang yang dilengkapi dengan diffuser.

Selain itu ia turut dipasang dengan pelekat grafik gaya perlumbaan, spoiler belakang yang lebih besar dan juga rim aloi baharu rekaan 8-jejari berkembar dengan kemasan dwitona. Tidak dipastikan apa yang ditambah pada bahagian kabin kerana ia masih lagi varian 1.3G yang disolek dengan kit badan.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Besar kemungkinan untuk versi di Malaysia nanti ia akan menggunakan varian 1.5 liter AV dan dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket dan juga stereng yang lebih sporty. Kami tidak pasti bilakah Myvi S-Edition akan tiba di Malaysia, namun sebelum ini Perodua telah mempertimbangkan pengeluaran model tersebut untuk dipasarkan kelak.

Jangan tunggu lama-lama ye Perodua! Ramai yang berminat ni. Apa pendapat anda mengenai Myvi S-Edition versi Brunei?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Perodua Brunei

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply