ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

Foto Intip

Views

Semalam kami dapat foto intip trak pikap Peugeot Landtrek, petang ini kami terima pula foto unit ujian Proton Persona facelift dengan celoreng penyamaran pada bahagian hadapan depan. Kelibatnya berjaya dikesan oleh rakan kami Darmizi Dahari di Plaza Tol Duta menghala ke Utara, bekemungkinan besar kembali ke markasnya di Shah Alam.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Sebenarnya kami pun berasa hairan mengapa Persona facelift ini masih lagi memakai ‘pelitup muka’ sedangkan ia telah menjalani ‘pembedahan kosmetik’ pada bulan April tahun lalu. Adakah ia Persona facelift masih belum cukup ‘anggun’ hingga perlu diberi suntikan Botox sekali lagi? Itu kami tidak pasti kerana kami pun tiada jawapannya buat masa ini.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Namun kami pernah terdengar desas-desus sebelum ini, yang Persona facelift akan mengalami sedikit lagi perubahan kosmetik, tetap ia senyap begitu sahaja. Mungkin juga ini salah satu varian baharu daripada tiga pakej aksesori yang bakal ditawarkan nanti, iaitu LifestyleR3 Sports dan Proton Design.

Nampak gayanya kami terpaksa menyeru Mat Bond untuk membuat kerja risikan mengenai perkara tersebut dalam masa yang terdekat. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply