ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!

Foto Intip

Views

Belum sempat reda dengan foto intip Proton Persona facelift petang tadi, malam ini kami hangatkan lagi dengan pendedahan beberapa foto Saga Edisi Hitam yang bakal dilancarkan 9 Julai ini (Khamis minggu depan). Saga Edisi Hitam sebenarnya merupakan model edisi khas yang dihasilkan sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-35 model tersebut.

Foto-foto yang masih lagi belum tular ini telah dimuatnaik oleh beberapa ahli group Saga Facelift Community Malaysia – SFCM. Sebenarnya mendapat maklumat ini menerusi rakan kami, Alsaddam Suhaimi yang memaklumkan mengenai perkara tersebut sebentar tadi.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Jika diperhatikan pada foto-foto yang tersebar, Saga Edisi Hitam ini boleh dikatakan tiada perubahan dari segi kosmetik mahupun penambahan aksesori seperti kit badan dan sebagainya. Ia masih Saga yang standard namun dicat dengan kombinasi warna hitam dan kuning/emas pada beberapa bahagian tertentu seperti di jejalur jeriji, cermin sisi dan kemasan pada diffuser bampar belakang.

Rimnya pula dikatakan menggunakan satu tona warna dengan kemasan keluli gelap dan masih mengekalkan reka bentuk yang sama pada varian Premium. Di bahagian dalam, lingkaran pada panel meternya turut dihiasi dengan kemasan berwarna kuning/emas. Tidak dapat dipastikan ada lagi penambahan yang dibuat memandangkan ianya adalah model edisi khas.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Kami jangka kemasan tempat duduknya akan turut mengikut tema hitam dan kuning/emas, mungkin juga ia disulam atau ditempa dengan logo atau tulisan yang melambangkan model edisi khas tersebut. Besar kemungkinan harga yang bakal ditawarkan nanti juga cukup ‘istimewa’ dan tidak diketahui berapa unit akan dihasilkan nanti.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut dari semasa ke semasa. Perasan tak, tema warna Saga Edisi Hitam macam warna logo kami kan? Dapat inspirasi dari funtasticko ke tu, hehehe… Jangan marah ye Proton!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif