Kempen “Ekstravaganza Akhir Tahun” Peugeot Malaysia menawarkan penjimatan hebat, rebat, insurans percuma dan pelbagai faedah apabila pelanggan mendaftar dan menempah model Peugeot 408 serta rangkaian SUV popular seperti 2008, 3008 dan 5008 menjelang 31 Disember 2024.
Semua kenderaan Peugeot yang dibeli semasa kempen ini didatangkan dengan waranti 7 tahun atau 200,000km termasuk servis percuma selama 5 tahun, meliputi alat ganti untuk 10 kali servis dalam tempoh lima tahun.
Jadual servis adalah berdasarkan selang servis setiap 10,000 kilometer atau setiap enam bulan, yang mana tiba terdahulu.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Butiran ringkas tawaran Ekstravaganza Akhir Tahun Peugeot adalah seperti berikut:
Model | Rebat | Harga Runcit |
408 GT | Sokongan insurans 2 tahun bernilai RM10,000 | RM 195,000 |
408 Premium | RM 165,000 | |
Model | Rebat | Harga Promo |
2008 | RM 13,500 | RM 119,888 |
3008 | RM 20,388 | RM 149,000 |
3008 (tahun keluaran 2023) | RM 40,000 | RM 129,388 |
5008 | RM 26,388 | RM 159,000 |
Nota: Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan tanpa insurans untuk tahun keluaran 2024.
Model yang memenangi anugerah reka bentuk Red Dot tahun 2023, Peugeot 408 kini ditawarkan dengan insurans percuma selama dua tahun bernilai RM10,000, terpakai untuk kedua-dua varian Premium dan GT.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Peugeot 408 menampilkan penggayaan ‘avantgarde‘ dan dikuasakan oleh enjin PureTech 1.6 liter pengecas turbo yang menghasilkan 218 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas.
Untuk masa terhad sahaja, Peugeot 2008 kini berharga RM119,888 manakala Peugeot 3008, ditawarkan dengan rebat RM20,388.
Lebih menarik, model keluaran tahun 2023 ditawarkan dengan penjimatan RM40,000 sekiranya tempahan dibuat sebelum 30 November 2024. Peugeot 5008 pula ditawarkan dengan rebat sebanyak RM26,388.
Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran untuk sesi pandu uji, atau berkunjung ke reruai Peugeot di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) bermula dari 5 hingga 11 Disember nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI