Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman memaklumkan yang pihaknya memandang serius komen-komen daripada warganet di media sosial mengenai respon jabatan berkenaan terhadap aduan-aduan yang diterima melibatkan isu jalan rosak dan jalan berlubang.
Katanya, JKR sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam memantau keadaan jalan raya di seluruh negara dan setiap aduan yang diterima menjadi keutamaan jabatan dalam memastikan pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dan selesa.
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JKR juga mengamalkan konsep “no wrong door policy” dan mempunyai 11 saluran aduan seperti berikut:
- Web aduan JKR Care (aduan.jkr.gov.my)
- Telefon
- SISPAA (kkr.spab.gov.my)
- E-mel aduan ([email protected])
- E-mel komunikasi ([email protected])
- Akhbar
- Lisan (terus hadir ke pejabat JKR)
- Biro Pengaduan Awam (pcb.spab.gov.my)
- Surat
- Mygcc
- Respons Rakyat (aplikasi Biro Pengaduan Awam)
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?
Tambah kenyataan itu, tanpa mengira Jalan Persekutuan atau Jalan Negeri atau Jalan Majlis, setiap aduan akan disalurkan kepada pihak berkenaan untuk diambil tindakan segera. Dalam masa yang sama, Mohamad Zulkefly turut mengucapkan terima kasih kepada semua Jurutera Daerah dan admin media sosial JKR di seluruh negara negara yang sentiasa responsif terhadap setiap aduan yang diterima.
Beliau turut berterima kasih kepada warganet dan rakan strategik JKR, RakanKKR yang turut menjadi mata dan telinga jabatan tersebut dalam memberi maklumat mengenai keadaan jalan raya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
KOMEN TERKINI