ARKIB

KATEGORI

Buletin

JKR tambah tiga lorong baharu, atasi kesesakan Persiaran Mokhtar Dahari

Berita Tempatan

Views

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menambah tiga lorong baharu kenderaan bagi mengatasi kesesakan teruk laluan Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam, sejak dua minggu lalu.

Menurut KOSMO! ONLINE, dua fasa pelebaran jalan sedia ada itu dijangka memperuntukkan kos keseluruhan berjumlah RM35 juta.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, JKR akan membuat laporan teknikal secara terperinci mengenai projek penambahan lorong tersebut.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kata beliau, kos peruntukan projek itu bakal diajukan pihaknya kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat. Fasa pertama yang perlu disegerakan meliputi tambahan satu lorong di laluan menghala ke Puncak Alam.

Pihaknya menjangkakan projek pertama akan dilaksanakan awal tahun depan sebelum diteruskan dengan fasa kedua kelak.

Kosmo melaporkan lebih 100,000 pengguna laluan Persiaran Mokhtar Dahari memohon pihak berwajib melebarkan jalan sedia ada yang sesak teruk pada waktu puncak.

Tambah Izham, laluan itu merupakan jalan rizab kerajaan dan boleh memuatkan enam lorong secara keseluruhannya.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Laluan berbukit selepas kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana ketika ini hanya mempunyai tiga lorong bagi kedua-dua arah.

Ujarnya, bagi jangka masa pendek, satu lorong sejauh 800 meter akan dibina terlebih dahulu sebelum disambung dengan dua lorong lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, beliau tidak menyalahkan pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dapat menyegerakan projek pelebaran jalan itu demi keselesaan penduduk setempat.

Beliau turut meminta pengguna supaya dapat bersabar dan memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk membina lorong baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izham Hashim

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply