ARKIB

KATEGORI

Tular

Tangki air pangsapuri pecah, enam kereta rosak teruk

Tular

Views

Sebanyak enam buah kereta milik penghuni sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini, rosak teruk setelah ditimpa serpihan tangki air yang pecah dalam kejadian malam tadi.

Menurut KOSMO! ONLINE, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila sebuah tangki air di blok pangsapuri itu pecah menyebabkan serpihan tangki bersama bekalan air menghempap kenderaan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelasnya, dalam kejadian pukul 7.15 malam di Blok A, Apartment Penaga Mas itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya hanya berlaku kerosakan harta benda.

Ketinggian tangki air berkenaan dianggarkan berada pada kedudukan 18 meter. Jelas beliau, susulan kejadian tersebut, bekalan air telah mencurah ke atas kereta yang diletakkan di kawasan parkir disertai dengan sepihan tangki air yang pecah.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Pihak polis dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Pengurusan Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas.

Tambah Wan Kamarul Azran, pihaknya turut menasihatkan pemilik kenderaan yang terjejas supaya hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi memohon tuntutan insuran kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit OHBULAN!

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply