ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ ganti dokumen pemilikan kenderaan dan lesen memandu milik mangsa banjir secara percuma

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan secara percuma dokumen pemilikan kenderaan dan lesen memandu milik mangsa banjir yang hilang atau rosak. Menurut Berita Harian, inisiatif itu berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 April depan.

Ini antara langkah jabatan berkenaan untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan bencana yang memberi impak ketara dari segi kesengsaraan ekonomi. Dalam satu kenyataan semalam, JPJ memaklumkan, dokumen berkenaan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Kata agensi berkenaan, pemilik dokumen perlulah hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian. Bagi dokumen yang musnah atau hilang, pemilik perlulah membuat laporan polis dan mengemukakan laporan polis itu sebagai bukti kehilangan bagi mendapatkan gantian dokumen baharu.

Bagi memudahkan urusan masyarakat, JPJ memaklumkan, unit bergerak jabatan itu akan ditempatkan di kawasan terpilih, khususnya di pusat pemindahan sementara (PPS). Sehubungan itu, katanya, penduduk setempat boleh mendapatkan perkhidmatan JPJ dengan lebih dekat, mudah dan selamat.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Dalam menyokong usaha kerajaan menangani fenomena banjir, JPJ di seluruh negara diarah melaporkan kesiapsiagaan dalam menghulurkan bantuan berbentuk tenaga, sumber manusia atau gerakan aset kenderaan sekiranya bersesuaian.

JPJ juga amat prihatin terhadap masyarakat yang terkesan dengan bencana banjir di beberapa negeri di Semenanjung. Tambah kenyataan itu, JPJ dan warga kerjanya turut mendoakan semua mangsa banjir diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan.

Seiring situasi banjir yang masih berlarutan di beberapa negeri ketika ini, JPJ turut mengambil pendekatan memberi kelonggaran terhadap aspek penguatkuasaan. Ia mencakupi mana-mana kenderaan perdagangan atau individu yang terbabit dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan bantuan ke PPS, bilik gerakan banjir sehingga keadaan kembali reda serta terkawal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply