ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan merudum, Nissan rancang buang atau pindah 1,000 pekerja di Thailand

Berita Global

Views

Nissan Motor akan memberhenti atau memindahkan kira-kira 1,000 pekerja di Thailand dalam pada ia mengecilkan pengeluaran di Asia Tenggara, sebahagian daripada pelan pengurangan tenaga kerja global yang diumumkan baru-baru ini, kata dua sumber yang mengetahui perkara itu kepada Reuters, semalam.

Nissan merancang untuk menghentikan sebahagian pengeluaran di Loji Thailand No 1, salah satu daripada dua kilang pemasangan kereta di negara itu, dan menggabungkan operasi ke Loji No 2 menjelang September tahun depan, menurut sumber yang enggan dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap mengenai perkara itu.

Jurucakap Nissan enggan mengulas mengenai pemberhentian kerja tetapi berkata penggabungan sebahagian loji sedang dijalankan untuk menaik taraf peralatan dan tiada loji akan ditutup di sana.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Loji No 1 terus beroperasi sebagai tapak pengeluaran utama kami di Thailand,” kata jurucakap itu.

Pengeluar kereta Jepun yang bergelut awal bulan ini mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 9,000 pekerjaan di seluruh dunia selepas mencatatkan pendapatan setengah tahun yang lebih buruk daripada jangkaan.

Di Amerika Syarikat (AS), kira-kira enam peratus kakitangan tempatan meninggalkan Nissan menjelang akhir tahun ini dengan menerima pakej persaraan awal.

Kedua-dua loji Thailand itu berada di wilayah Samut Prakan di pinggir Bangkok. Loji 1 mempunyai kapasiti pengeluaran kira-kira 220,000 unit, manakala Loji 2 mempunyai kapasiti 150,000 unit, menjadikan Thailand hab pengeluaran terbesar Asia Tenggara bagi syarikat itu.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Jualan Nissan di Thailand turun 30 peratus kepada kira-kira 14,000 unit pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada Mac.

Walaupun pembuat kereta Jepun, termasuk Toyota dan Honda, telah menguasai pasaran Thailand selama bertahun-tahun, pengeluar China seperti BYD dan SAIC muncul pantas dengan pilihan kenderaan elektrik (EV).

Kedua-dua kilang Thailand itu juga telah mengeluarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) eksport seperti Kicks untuk negara Asia Tenggara yang lain, dan Terra untuk pasaran Asia Barat dan Afrika. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply