ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aletra L8 EV ‘diluncurkan’ di GJAW 2024 – Proton ‘Exora tak jadi’ versi elektrik kini di Indonesia

Berita Global

Views

PT Aletra Mobil Nusantara bersama Livan Auto (anak syarikat Geely Auto Group) memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik pertama mereka iaitu Aletra L8 EV di Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) 2024.

Model yang berasaskan Geely Jiaji dan Livan Maple 80V ini mempunyai dimensi lebih besar 106 mm dengan penambahan tempat duduk dari lima kepada tujuh.

CEO Aletra, Andre Jodjana berkata, terdapat pelarasan yang dibuat pada model awal Geely Jiaji dan Livan Maple 80V hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mendalam di Aletra untuk pengguna Indonesia.

Andre berkata, perubahan yang dilakukan pada bahagian dalaman termasuklah memasang bolong pendingin hawa berkembar dengan dua pemampat, stereng teleskopik, ciri pengecasan nirwayar, konsol papan pemuka yang direka semula, dan saiz paparan LED daripada 10 inci kepada 12.4 inci.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Selain itu, perubahan turut dilakukan pada bahagian luaran menjadikan tayar lebih besar iaitu 18 inci dengan lampu suasana dan ciri-ciri lain.

Aletra L8 EV ditawarkan dalam dua pilihan varian dan bateri, iaitu Short Range dengan jarak pandu 415 km dan berharga bermula dari IDR 415 juta (RM116,801).

Varian ini dilengkapi dengan teknologi bateri LFP berkapasiti 50.4 kwj dengan jaminan bateri selama 8 tahun atau 200,000 km.

Satu lagi varian iaitu, Long Range mampu menempuh jarak pemanduan 540 km dengan tanda harga bermula dari IDR 448 juta (RM126,089).

Ia menggunakan teknologi ‘Bateri Bilah Pendek Kalis Peluru‘ berkapasiti 64.7 kWj, dengan jaminan bateri selama 8 tahun atau 500,000 km.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Aletra L8 EV turut dilengkapi denganan teknologi suspensi “Active Comfort Suspension” yang mengurangkan daya hentakan apabila pemandu melalui jalan yang teruk.

Dari segi prestasi, Aletra L8 EV mampu mencapai kelajuan tertinggi 160 km/j dan mengambil masa kurang daripada 11 saat untuk mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/j.

Aspek keselamatan pula terdiri daripada empat beg udara, penambat ISOFIX, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TSC), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Mendaki (HAC).

Rekaan luar Aletra L8 EV didatangkan dengan bumbung panoramik, spoiler dengan lampu brek, lampu depan LED dengan lampu siang (DRL), pelarasan ketinggian, lampu kabus depan dan belakang, roda aloi aero dwi tona saiz 18 inci dan tayar Hankook ION EVO.

Ruang kabinnya dilengkapi dengan kemasan stereng panel pintu lembut dengan jahitan asli, panel konsol tengah dengan corak kayu gelap berwarna hitam, tempat duduk hadapan elektronik dengan pelarasan enam hala, tempat duduk kapten di barisan kedua, dan stereng teleskopik. – Otoblitz.net

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VOI.id

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply