ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton terus melonjak pada Julai, X90 dan empat lagi model terajui segmen masing-masing

Berita Tempatan

Views

Selepas mencatat kejayaan enam bulan pertama tahun 2023, Proton meneruskan lonjakan jualan pada bulan Julai dengan 13,326 unit (domestik + eksport).

Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 16.1 peratus berbanding bulan Julai 2022, sekali gus membantu meningkatkan jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 90,647 unit.

Ini juga merupakan tempoh masa yang paling singkat buat Proton untuk melepasi angka 90,000 unit sejak 2012 dan penambahan 26.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pegangan pasaran bagi bulan Julai pula diramalkan pada 20.5 peratus, dengan pegangan pasaran YTD kini pada 21 peratus. Jumlah Jualan Industri (TIV) Proton pula dianggarkan sebanyak 64,864 unit pada bulan Julai.

Ia meningkat 29.9 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2022 dan melonjakkan angka YTD sebanyak 12.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Oleh itu, prestasi jualan Proton sehingga bulan Julai tahun ini, kini mengatasi industri sebanyak 14 peratus. Model SUV terbaharu Proton, X90 berjaya menerajui jualan keseluruhan dalam segmen pasarannya.

Pada bulan Julai, sebanyak 886 unit telah dijual menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 2,225 unit hanya dalam masa 86 hari sahaja.

Tiga lagi model Proton turut menjuarai segmen masing-masing. Ini termasuklah Persona dengan peningkatan jumlah jualan sebanyak 107.1 peratus. Pada bulan Julai 1,953 unit Persona telah terjual dengan angka YTDnya kini berjumlah 14,533 unit.

X50 turut mencatat pertambahan jualan sebanyak 2,630 unit pada Julai, menjadikan jumlah jualannya bagi tahun ini meningkat ke 20,192 unit dan kekal sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen-B.

Exora pula merupakan peneraju jualan segmen keempat bagi bulan Julai di mana 374 unit terjual menjadikan jumlah jualannya mencapai 2,741 unit. Ini adalah peningkatan sebanyak 13.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Saga yang menyambut ulang tahunnya yang ke-38 pada 9 Julai terus mengekalkan popularitinya dengan 5,926 unit dijual pada bulan Julai dengan permintaan untuk tahun 2023 meningkat sebanyak 40.2 peratus.

Ini meletakkan Saga sebagai kenderaan kedua paling popular di Malaysia selama dua bulan berturut-turut dan membawa kepada jumlah jualan terkumpul sebanyak 39,251 unit.

Iriz turut mencatat permintaan yang tinggi dengan menduduki tangka keempat dalam senarai jualan segmen-B. Ia telah menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 80.7 peratus bagi tahun ini dengan 676 unit terjual pada bulan Julai.

Jumlah jualannya kini hanya 1,000 unit di belakang keseluruhan jualan bagi tahun lepas dengan 4,708 unit terjual setakat ini.

Tidak ketinggalan, model SUV X70 yang mencatat jualan sebanyak 881 unit bagi bulan Julai, yang meletakkannya di tempat kedua keseluruhan dalam segmennya dengan 6,997 unit terjual setakat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran akhir tahun menerusi pelancaran model baharu dan kemasukan syarikat ke pasaran EV pada tahun 2023 melalui smart Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply