ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua lori terjunam dari jambatan, pekerja syarikat penghantaran parah

Berita Tempatan

Views

Seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran parah selepas lori dipandunya terjunam dari jambatan setinggi 15 meter di Kilometer 336, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di Tapah hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7 pagi itu turut mengakibatkan sebuah lori kontena muatan barangan runcit terjunam ke bawah jambatan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian, lori kontena yang dalam perjalanan ke Ipoh itu mengalami kerosakan mekanikal dan berhenti di lorong kecemasan.

Katanya, sebuah lori syarikat penghantaran yang menuju arah sama telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian kanan hadapan lori kontena tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terjunam ke bawah jambatan. Pemandu lori syarikat penghantaran berusia 42 tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Tapah.

Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena berusia 38 tahun, tidak cedera manakala kertas siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor P. Prathiparaj di talian 0146178095. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pusara Di Lebuhraya

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply