ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Toyota Hilux Champ nama rasmi IMV 0 Concept?

Foto Intip

Views

Beberapa foto yang memaparkan sebuah trak pikap Toyota IMV 0 Concept versi pengeluaran sedang menjalani penggambaran iklan telah berjaya dirakam oleh individu bernama I’m Tatchai.

Apa yang menarik, model tersebut menggunakan plat yang tertera nama Toyota Hilux Champ. Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa trak pikap modular ini akan dilancarkan pada 27 November 2023.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dari segi dimensi, Hilux Champ berukuran 5,300 mm panjang, 1,785 mm lebar, dan 1,740 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 3,085 mm.

Menurut portal permotoran AutolifetTailand.tv, Hilux Champ akan ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4 liter turbodiesel (2GD-FTV) yang menjana 150 kuasa kuda dan 343 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Enjin ini dipadankan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan atau 6-kelajuan manual dan 6-kelajuan automatik. IMV 0 Concept telah diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ke-60 Toyota Motor Thailand (TMT) bersama Hilux Revo BEV Concept pada Disember tahun lalu.

Projek IMV atau Innovative International Multi-Purpose Vehicle ini telah pun bermula sejak 2002 dan beberapa model telah dilahirkan, antaranya Hilux Vigo (IMV1), Fortuner (IMV4) dan Innova (IMV5).

IMV 0 Concept agak unik kerana ia boleh dipelbagaikan mengikut keperluan pelanggan, antaranya sebagai kenderaan pihak berkuasa seperti polis, ambulans, trak menjual bunga, sayur-sayuran atau buah-buahan, kendera saji (food truck) malah ia juga boleh dijadikan trak camper.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tatchai Noothong

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply