ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kajian hampir 10 tahun pakar UIA berjaya hasilkan bahan bakar sawit lebih murah dari Biodiesel B10

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan portal Kampusuols.com, sepasukan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Bio Kimia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diketuai Prof. Dr. Md Zahangir Alam telah berjaya menghasilkan bahan api berasaskan bio bersumberkan minyak sawit.

Menerusi penyelidikan yang dijalankan hampir 10 tahun, mereka berjaya menghasilkan bahan api alternatif lestari bagi membangunkan minyak sawit enapcemar (SPO) untuk menghasilkan biodiesel. Menurut Dr. Md Zahangir, SPO ialah minyak gred rendah yang diperoleh daripada pengilangan minyak sawit yang diproses untuk dijadikan bahan bakar kos rendah dan boleh diperbaharui bagi pengeluaran biodiesel.

Jelasnya, biodiesel adalah alternatif bahan bakar yang mudah, cepat, mesra alam dan ia jauh lebih bersih berbanding bahan api diesel bersumberkan petroleum. Menerusi penggunaan biodiesel bersumberkan sawit, ia mampu membantu membersihkan enjin kenderaan kerana sifatnya yang bertindak sebagai ejen pembersih berkesan dalam enjin, malah mampu meningkatkan hayat enjin kenderaan selain lebih mesra alam.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Namun jelasnya, biarpun SPO mempunyai kandungan asid lemak bebas tinggi sekitar 30 hingga 50 peratus sahaja, ia mampu mengehadkan transesterifikasi langsung kepada biodiesel. Untuk penghasilan bahan inovasi itu, teknologi enzimatik hydro-esterifikasi telah dicipta untuk mengatasi batasan proses penghasilannya.

Kaedah ini telah memiliki potensi tinggi untuk pengeluaran biodiesel daripada bahan makanan Asid Bebas Lemak (FFA) dan meletakkan SPO pada skala selanjutnya sehingga mampu menghasilkan biodiesel dalam skala besar. Ciptaan ini menghasilkan sistem reaktor perintis sebanyak 50 liter bagi digunakan dalam proses untuk merawat SPO bagi menghasilkan biodiesel mengikut spesifikasi standard bahan bakar biodiesel.

Menerusi ciptaan ini, mereka telah menemukan penyelesaian terhadap pengeluaran biodiesel melalui bahan makanan FFA yang tinggi dan SPO yang jauh lebih murah berbanding biodiesel berasaskan minyak sawit mentah. Sifat biodiesel SPO yang dihasilkan telah menunjukkan penerimaan yang tinggi sebagai bahan bakar berbanding piawaian Eropah (EN14214).

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Tambah Dr. Md Zahangir, biodiesel SPO berjumlah 30 peratus yang dicampurkan dengan diesel petroleum menunjukkan prestasi yang sama dengan 100 peratus diesel petroleum. Ia telah diuji di dalam enjin dan mendapati prestasi enjin yang sama seperti di dalam 100 peratus diesel petroleum.

Sungguhpun, penggunaan biodiesel SPO memberi banyak kebaikan, namun keraguan kebolehpasarannya masih berada pada tahap pemerhatian, namun beliau optimis permintaan terhadap produk itu dalam pasaran amat tinggi.

Permintaan tahunan biodiesel untuk campuran B10 memerlukan kira-kira 1 juta tan tidak termasuk penggunaan industri lain yang mana biodiesel berasaskan SPO boleh menyokong antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah permintaan tanpa menggunakan biodiesel berasaskan SPO.

Sejumlah 800,000 tan SPO dihasilkan setiap tahun yang boleh diubah menjadi biodiesel sebanyak 700,000 tan berdasarkan hasilnya. Kos biodiesel SPO pula ialah RM1.20 seliter, jauh lebih murah daripada biodiesel berasaskan CPO iaitu RM3.20 seliter.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply