ARKIB

KATEGORI

Buletin

Evija – Bakal nama hypercar elektrik pertama Lotus?

Berita Tempatan

Views

Dalam artikel terdahulu kami pernah bercerita tentang sebuah model hypercar elektrik yang pertama dari Lotus yang buat masa ini dikenali sebagai Type 130. Menurut laporan dari Auto Express, pengeluar kereta sports British itu telah mendaftarkan tanda niaga untuk nama Evija yang kemungkinan besar bakal menjadi nama rasmi kereta tersebut.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Lotus telah mendaftar tanda niaga nama tersebut untuk kegunaan kelas yang berbeza, termasuklah mainan dan pembangunan kenderaan. Hypercar elektrik ini juga bakal menjadi model pertama Lotus sejak lebih sedekad lalu dan ia juga menandakan kemasukannya dalam kategori kelas tertinggi.

Setakat ini, spesifikasi teknikal mengenai kenderaan ini masih lagi belum disahkan, walaupun dikatakan khidmat Williams Advanced Engineering telah digunakan untuk merealisasikannya. Menurut sumber dalaman, hypercar elektrik ini akan menggunakan casis monocoque gentian karbon dengan empat motor elektrik bagi memacu kesemua rodanya.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Pek bateri mungkin diletakkan di belakang kompartmen penumpang dan hypercar ini mampu menjana 1,000 kuasa kuda. Selain itu, Lotus turut menghabiskan masa yang agak lama untuk membangunkan aerodinamik aktif dan pada bulan Mei lalu, ketua pegawai eksekutif Lotus, Phil Popham telah mendefinasikannya sebagai ‘sebuah hypercar yang mengujakan yang direka, dibangunkan dan dibina di UK’.

Lotus Evija/Type 130 bukan satu-satunya model yang kini dibangunkan oleh Lotus, kerana firma tersebut kini sedang giat membangunkan sebuah SUV yang telah memulakan ujian prototaip jalan raya pertamanya berhampiran ibu pejabat mereka, selain model pengganti Evora yang dijangka tiba pada tahun depan.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply