ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kalau boleh dapat lesen memandu dalam masa tiga hari, itu adalah ‘scam’ – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan me­ng­ingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan kewujudan sindiket penipuan yang menawarkan lesen terbang palsu di media sosial.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia merupakan antara taktik baharu digunakan sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa menyerahkan wang sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Beliau menegaskan, tiada jalan singkat untuk memperoleh lesen memandu kecuali mengikut saluran ditetapkan di sekolah memandu bertauliah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Kalau mana-mana pihak kata mereka boleh beri lesen (memandu) dengan cara mudah tanpa perlu pergi ke kelas dan menjalani ujian memandu, ia adalah skim penipuan.

“Sekarang memang banyak penipuan, mereka hendak tipu duit mangsa tetapi lesen (memandu) tidak dapat,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Cina di Kuala Terengganu, kelmarin.

Terdahulu beliau ditemui pada Program Ramah Mesra bersama Menteri Pengangkutan. Anthony mengulas laporan Kosmo! kelmarin tentang kewujudan sindiket lesen terbang palsu yang semakin aktif di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Modus operandi sindiket tersebut ialah meletakkan gambar individu berpakaian sera­gam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada profil akaun media sosial bagi memperdaya mangsa.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sindiket itu biasanya akan mendiamkan diri dan berhenti berhubungan dengan mangsa sebaik wang pendahuluan dise­rahkan tanpa menyerahkan dokumen dijanjikan.

Sehubungan itu, Anthony ­berharap orang ramai tidak mudah mempercayai pakej ­menawarkan lesen terbang dalam tempoh seawal tiga hari yang jelas tidak logik.

Tambah beliau, kementeriannya akan terus mengingatkan orang ramai tentang ancaman penipuan tersebut bagi mengelakkan lebih ramai lagi terperangkap.

“Kalau sindiket itu beri ­lesen terbang pun itu bukanlah yang sah. Ia bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi boleh mengundang implikasi buruk sekiranya berlaku sesuatu di jalan raya kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit KOSMO! ONLINE

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply