ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia acah foto K3 generasi baharu, mungkin ganti Rio Sedan? Debut sulung global pada 8 Ogos di Mexico City!

Berita Global

Views

Akaun Facebook rasmi Kia México mula mengacah foto sebuah model baharu yang bakal membuat debut sulung globalnya pada 8 Ogos 2023 di Mexico City.

Foto yang dipaparkan buat masa ini hanyalah jejalur LED lampu belakang yang mengadaptasikan elemen rekaan pada model terkini seperti Kia EV9.

Tidak dapat dipastikan model apakah yang akan diperkenalkan nanti, namun menurut pemerhatian daripada media-media automotif antarabangsa, besar kemungkinan ia merupakan generasi baharu model sedan K3.

Model K3 turut dikenali dengan nama Forte atau Cerato di beberapa negara pasaran yang lain.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Model K3 turut dikenali dengan nama Forte atau Cerato di beberapa negara pasaran yang lain.

Menurut Kia, model sedan serba baharu itu nanti merupakan “peristiwa penting yang unik” untuk syarikat tersebut dan ia “menggabungkan reka bentuk yang canggih, ruang dalaman yang luas dan mentakrifkan semula segmen pasaran.”

Walaubagaimanapun, ada desas-desus mengatakan yang K3 2024 itu nanti bukanlah model generasi terbaharunya, tetapi ia bakal menjadi pengganti kepada Rio Sedan yang bersaiz lebih kecil.

Secara logiknya, Rio perlu diganti lebih awal memandangkan generasi keempatnya telah berada dipasaran sejak 2016, manakala generasi ketiga K3 / Forte / Cerato hanya diperkenalkan pada 2018.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pada Mac lalu, prototaip ujian model ini telah berjaya dirakam dan besar kemungkinan K3 baru ini akan menggantikan Rio Sedan.

Secara kebetulan selang sebulan kemudian (April), Kia mengesahkan yang mereka bakal memperkenalkan Rio baharu dan pengeluaran model berkenaan akan bermula pada suku terakhir tahun ini di Mexico.

Jadi, terjawablah sudah segala persoalan.

Walaubagaimanapun, laporan dari Autocar awal tahun ini mengatakan yang model Rio akan digugurkan daripada pasaran benua Eropah dan digantikan dengan model crossover subkompak, Stonic.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kia México dan motorsjason

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply