ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kali ini Honda City berjaya ‘tiru sebijik’ bentuk belakang BMW 3 Series, ini sebabnya…

Info

Views

Perasan atau tidak sebenarnya sudah beberapa beberapa generasi Honda cuba ‘menginspirasikan’ City dengan BMW 3 Series, namun kali ini generasi baharu model tersebut memang betul-betul menjadi.

Menurut hantaran sahabat kami Jebat Fadlysham di akaun Facebooknya, sebab utama ia menjadi kerana Honda tidak hanya meniru pada grafik (visual) sahaja, malah proses pembuatannya juga hampir sama.

Untuk mendapatkan bentuk ‘two pieces trunk lid‘ ini, buat julung kalinya Honda telah menggunapakai teknologi yang dinamakan sebagai ‘Laser Brazing‘.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Teknologi yang sama juga digunakan pada model Civic serba baharu bagi menampakkan garisan bumbung yang lebih kemas.

Ciri-ciri seperti ini selalunya hanya ada pada kereta mewah dan kereta keluaran Eropah sahaja. Ini kerana, kos acuan tempa (stamping mould) adalah dua kali ganda lebih mahal berbanding trunk lid jenis ‘single piece‘.

Bukan sikit-sikit, bezanya berjuta-juta ringgit tau! Jebat turut berkongsi pengalamannya semasa menjadi pereka di Proton|Design satu ketika dahulu.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Katanya, sudah berkali-kali mereka mencadangkan untuk mendapatkan trunk lid ala BMW ini, namun ia langsung tidak pernah diluluskan sebab kosnya sangat mahal semata-mata hanya untuk kepentingan kosmetik.

Tambah Jebat, ia boleh dikatakan agak ‘hedonisme‘ bagi projek mereka pada ketika itu yang lebih khusus kepada ‘kereta rakyat’. Begitulah al-kisahnya, sekarang sudah faham mengapa kereta Proton sebelum ini bentuknya ‘biasa-biasa’ sahaja kan?

Sebelum ini Jebat juga pernah mengeluarkan Rig Simulator buatan sendiri berjenama GEARZ Studio dan kini mula menceburi bidang jualan kereta dengan menjadi penasihat jualan di Honda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply