ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi guna telefon pintar semasa memandu Prevé, anggota polis disaman

Tular

Views

Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di Petaling Jaya.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 pagi ketika anggota berkenaan memandu kenderaan Proton Prevé dan berlogo.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Anggota polis yang terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.

Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial sejak semalam, memaparkan anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.

Orang ramai meminta tindakan tegas sama seperti orang awam diambil terhadap anggota polis berkenaan kerana melanggar undang-undang jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply