ARKIB

KATEGORI

Info

10 negara di dunia yang paling berbahaya untuk memandu, Malaysia nombor lapan

Info

Views

Malaysia antara 10 negara di dunia yang paling berbahaya untuk memandu. Berdasarkan data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, negara ini berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamatan direkodkan hanya 5.63 daripada 10.

Berita Harian melaporkan, menurut data itu, Malaysia juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya, kedua tertinggi selepas Thailand yang merekodkan skor 32.3.

Bagaimanapun, Malaysia merekodkan kadar terendah iaitu skor 1.0 dari 10 negara lain, yang merekodkan kes kematian akibat kemalangan disebabkan penggunaan alkohol.

Data itu menunjukkan negara paling berbahaya untuk memandu adalah Afrika Selatan, yang setakat ini mempunyai skor terendah hanya 3.41 daripada 10.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Dianggarkan terdapat 22.2 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk di Afrika Selatan dan dianggarkan hanya 31 peratus daripada penumpang tempat duduk hadapan di Afrika Selatan memakai tali pinggang keledar.

Katanya, Thailand pula menjadi negara kedua paling berbahaya dengan skor 4.35 daripada 10, selepas merekodkan kadar pemakaian tali pinggang keledar rendah, kemungkinan disebabkan mod pengangkutan utamanya adalah motosikal.

Amerika Syarikat pula disenaraikan sebagai negara ketiga paling berbahaya, dengan skor keselamatan memandunya 5.03 daripada 10.

Ini disebabkan 29 peratus daripada kematian akibat kemalangan jalan raya di AS dikaitkan dengan penggunaan alkohol.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

India pula menyaksikan kadar kematian meningkat lebih 50 peratus berbanding tahun lalu, daripada 15.6 kepada 22.6 bagi setiap 100,000 orang.

Negara itu berada di kedudukan kelima selepas merekodkan skor 5.48 dan Argentina keempat, sementara Bosnia dan Herzegovina serta Crotia masing-masing berada di kedudukan keenam dan ketujuh.

Sementara Peru dan Bolivia berada di kedudukan ke sembilan dan sepuluh, selepas masing-masing merekodkan kadar skor yang sama, 5.74.

Dalam pada itu, data firma itu menunjukkan Norway diletak negara paling selamat untuk memandu dengan skor tertinggi iaitu 8.20, selepas rekod kadar kematian di jalan rayanya rendah selain penggunaan tali pinggang keledar juga tinggi.

Iceland pula berada di tempat kedua dengan skor 8.05. Had laju lebuh raya maksimum di Iceland ditetapkan pada 90 kilometer perjam (km/j), jauh lebih rendah berbanding purata 120 km/j bagi negara lain. Sementara Estonia, ketiga paling selamat dengan skor 7.90, diikuti Jepun (7.88) serta Moldova, 7.73.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply