ARKIB

KATEGORI

Tular

Kantoi isi minyak tanpa buat bayaran, pemandu KIA Sorento plat Singapura dah ‘langsaikan hutang’

Tular

Views

Baru-baru ini tular kisah yang memaparkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang mengisi minyak di Johor dan meneruskan perjalanan tanpa membuat pembayaran.

KIA Sorento tersebut telah singgah untuk mengisi minyak diesel di sebuah stesen Petronas di Bukit Indah, Johor Bahru.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Susulan itu, stesen minyak berkenaan telah menaikkan notis dan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti, serta meminta pemilik Sorento itu kembali semula untuk membuat pembayaran.

Foto tersebut telah tular di laman Facebook SGRV Admin dan pihak mereka telah menyemak nombor plat serta menjejaki kenderaan bernombor SNA 9151 S itu. Jelas, ia sememangnya kenderaan berenjin diesel.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Tidak dipastikan bagaimana ‘kejadian yang agak pelik’ itu boleh berlaku, namun menurut hantaran terkini oleh SGRV Admin, ‘si pemilik Sorento’ itu telah melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM70.60 pada pagi semalam.

Ia berdasarkan dengan harga runcit semasa diesel di Malaysia yang ketika ini adalah pada RM2.15 seliter (termasuk subsidi kerajaan). Ini adalah bersamaan dengan dengan 30 liter diesel.

Sebagai rujukan, pembelian diesel untuk kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura adalah terhad kepada 20 liter sehari di mana-mana stesen minyak dalam lingkungan jarak 25 km dari sempadan Malaysia-Singapura.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply