ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tercampak dari tempat duduk belakang Bezza, wanita cedera parah

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita cedera parah selepas tercampak dari tempat duduk belakang Perodua Bezza dalam kemalangan di Kilometer 3.7 Jalan Setia Alam menghala ke Setia City Mall, dekat Shah Alam, hari ini.

Harian Metro melaporkan, difahamkan wanita berusia 27 tahun itu tercampak selepas kereta yang turut dinaiki tiga individu lain terbabas dan melanggar penghadang jalan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pemandu dan dua lagi penumpang kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jam 11 pagi itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Kemalangan membabitkan Perodua Bezza dipandu wanita berumur 24 tahun bersama tiga penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia 22 dan 27 tahun.

Difahamkan, kenderaan dinaiki empat rakan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan. Beliau berkata, tiga mangsa yang mengalami cedera ringan keluar dengan sendiri dari kereta manakala mangsa yang tercampak ditemukan dalam keadaan separuh sedar.

Katanya, semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply