Siasatan Kazakhstan masih belum membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan pertahanan udara Russia menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu, kata Pendakwa Raya Pengangkutan Wilayah Mangystau, Abylaibek Ordabaev, pada Khamis.
Sebelum ini, empat sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai penemuan awal penyiasatan Azerbaijan berhubung kejadian itu memaklumkan kepada Reuters pada Khamis bahawa pertahanan udara Russia menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, menyebabkan 38 orang terbunuh.
Pesawat Azerbaijan Airlines Penerbangan J2-8243 terhempas pada Rabu berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan selepas mengubah haluan dari kawasan di selatan Russia di mana Moscow menggunakan sistem pertahanan udara terhadap serangan dron Ukraine baru-baru ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Jet penumpang Embraer EMBR3.SA itu terbang dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny di wilayah Chechnya, Russia, sebelum melencong ratusan batu melintasi Laut Kaspia.
Pesawat itu terhempas di pantai bertentangan Laut Kaspia selepas apa yang didakwa oleh badan pemerhati penerbangan Russia sebelum ini sebagai kecemasan yang mungkin dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung.
Pihak berkuasa tidak menjelaskan mengapa pesawat itu menyeberangi laut, tetapi kemalangan itu berlaku selepas serangan dron Ukraine bulan ini yang mengenai Chechnya. Lapangan terbang Russia yang terdekat dengan laluan penerbangan pesawat itu ditutup pada pagi Rabu.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Seorang daripada sumber Azerbaijan yang mengetahui mengenai siasatan Azerbaijan terhadap kemalangan itu memberitahu Reuters bahawa keputusan awal menunjukkan pesawat berkenaan diserang oleh sistem pertahanan udara Pantsir-S Russia, dan komunikasinya terjejas oleh sistem peperangan elektronik semasa menghampiri Grozny.
“Tiada siapa yang mendakwa ia dilakukan dengan sengaja. Bagaimanapun, mengambil kira fakta yang ditetapkan, Baku menjangka pihak Russia akan mengaku menembak jatuh pesawat Azerbaijan itu,” kata sumber.
Tiga sumber lain mengesahkan bahawa siasatan Azerbaijan mencapai kesimpulan awal yang sama. Kementerian Pertahanan Russia tidak memberi respons terhadap permintaan untuk komen.
Kremlin, ketika ditanya sebelum laporan Reuters mengenai idea bahawa pesawat itu ditembak oleh pertahanan udara Russia berkata, siasatan sedang dijalankan dan adalah tidak wajar untuk mengulas sehingga siasatan itu membuat kesimpulan sendiri. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI